Apabila gelombang merambat dari satu medium ke medium yang berlainan, arah perambatannya akan berubah disebabkan oleh perubahan halaju semasa melalui medium tersebut. Kesan ini dikenali sebagai pembiasan.
Pembiasan gelombang air berlaku apabila gelombang air merambat dari satu kawasan ke kawasan lain yang mempunyai kedalaman yang berlainan.
Halaju berubah menyebabkan arah perambatannya berubah, tetapi frekuensi gelombang air di kawasan air cetek dan kawasan air dalam adalah sama.
Gelombang air akan dibiaskan mendekati garis normal apabila merambat dari kawasan air cetek. Sebaliknya, gelombang air akan dibiaskan menjauhi garis normal apabila merambat dari kawasan air cetek ke kawasan air dalam.
Di kawasan air dalam, gelombang air merambat dengan halaju (v) yang lebih tinggi jika disbanding dengan kawasan air cetek. Begitu juga untuk panjang gelombang air di kawasan air dalam adalah lebih panjang daripada kawasan air cetek.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar